Thursday, 20 June 2013

Sesungguhnya aku adalah insan yang terpilih...

Minggu ni everything was fine... Hari Isnin rasa sangat-sangat stress dengan lambakan keje yang tertangguh sepanjang aku bercuti. Stress keje aku boleh tahan lagi tapi bila ada hamba Allah yg mula nak tunjukkan keprihatinan, itu yg buatkan aku tersentuh hati.

Bukan nak kata aku tak boleh nak ditegur, tapi kadang2 orang diluar tak faham..ape yg berlaku. Dan mereka cuba untuk menjadi hakim, menyalahkan aku diatas ape yg berlaku. Dan yang paling sedih menganggap ape yg berlaku pada diri aku adalah hasil buatan orang. Aku bukan alim ulama, tapi aku tahu hukum kita berburuk sangka pada orang lain. Aku bukan tak pernah pergi berubat secara Islam, tapi keputusannya sama, aku memang takde gangguan. Mase ayat2 suci dibacakan ustaz tu kata badan aku memang takde tunjuk tanda2 terkena gangguan. Aku bukan jumpa sembarangan orang, tapi ustaz dari Darus Syifa'. 

Memang tak dinafikan keguguran yg berulang ni memberikan impak yg besar dalam hidup kami suami isteri. Anak kami gugur bukan pada awal2 kandungan tapi semasa mereka dah cukup sifat, dan mereka diuruskan seperti jenazah biasa. Sebab itulah bila ada yg cuba untuk concern dan cuba mencadangkan apa2 yg patut, aku sangat SENSITIF. 

" Awak jangan mengandung dulu, bagi rehat betul-betul."
" Sy rase awak ni ade yg mengganggu, ade orang dengki, suka tengok awak sakit."
" Jangan berdiam diri, kita ada hak untuk bahagia."

Ya Allah..luluh hati aku bila ada yg bercakap seolah-olah aku tak bahagia. Adakah dia cuba untuk bagitau yg aku sekarang tak cukup bahagia?? Perlu ke ade anak untuk kita hidup happy? Jadi macam mana orang yg takde rezeki anak, mereka tak bahagia ke?

Takde siapa yg tahu melainkan kami suami isteri & dah tentu Allah SWT, betapa kami saling menyayangi selepas kejadian tu. Kami lebih menghargai diri masing2, boleh kata langsung takde bergaduh hatta berselisih faham pun takde. Semuanya sebab kami bertambah sayang, kalau ade yg tak kena akan cakap elok2 dah takde meninggi suara macam dulu lagi. Bila pandang muka suami, aku tak sampai hati. Disebabkan aku dia banyak menitiskan airmata. Kami sama-sama trauma, dia pun takde nak marah2 aku lagi sebab die kata aku dah banyak berkorban utk lahirkan anak die, hingga sanggup menggadai nyawa sendiri.
Jadi siapa yg berhak untuk cakap kami tak bahagia ??

Aku percaya Allah SWT pilih aku dan suami untuk diberi dugaan ini sebab Dia sayang kami. Dia kirimkan kami ujian melalui perantaraan malaikat Jibril supaya kami sentiasa merintih kepadaNya. Dia mahu kami rindu padaNya..jadi beruntunglah sesiapa yg Allah turunkan ujian yang maha berat, yg dirasakan tak tertanggung. Andai kita tidak berupaya untuk menghadapi dugaan ini Allah SWT takkan kejam untuk menyiksa perasaan kita. Semua yg berlaku pasti ade hikmah yg tersembunyi... hikmahnya ialah supaya kita tidak riak dengan nikmat yg kita ada, supaya kita sentiasa bersyukur dan kembali kepadaNya untuk bersujud dan berdoa. Orang yang tak mengalami memang takkan faham, apa yg mereka tahu ialah bercakap dan terus bercakap.

Aku mungkin sedih didunia...tapi Allah SWT sudah tinggalkan aku dgn anak-anak kami yg setia menunggu di pintu syurga. Disaat kami diazab dengan api neraka, pada ketika itulah Akhtar dan Aqhar akan datang dan mengeluarkan kami dari seksaan itu. Dan kerana itu jugalah, disaat hatiku terhiris dgn kata-kata insan sekeliling, aku hanya berdiam diri dan tidak membalas balik. Allah SWT sudah berikan aku nikmat yg tak terhingga di alam sana, aku patut bersyukur dan lebih merendah diri, bukannya bercakap seolah-olah akulah makhluk Allah yg diduga dgn ujian yang paling berat.

Kepada kamu yg menyakiti hatiku, aku maafkan kamu. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosamu.

Wednesday, 12 June 2013

Tiada siapa yang tahu...



Hari ni merupakan hari ke-3 aku mula bekerja setelah sekian lame aku bercuti. Setakat ni semuanya okey. Takde lagi yg berani2 tanye psl aku gugur ari tu cuma sorang je la, antara cikgu yg rapat dengan aku.. itu pun tak tanye lebih-lebih.

Ingatkan segalanya berjalan lancar..tapi...

Ade sorang hamba Allah ni..entah la. memang dari dulu aku tak berkenan dengan sikapnya. Suka menunjuk-nunjuk... padahal die pun same TTC jugak mcm aku satu masa dulu. Bezanya treatment die berhasil, selamat dah lahir seorang baby yg comel.
Since aku gugur & cuti bersalin, dia antara yg paling menonjol keprihatinannya. Ade call, sms, post comment kat wall aku, dsb. Bila aku ade depan mata die..tu diaa.. sungguh2 die bercerita pasal anaknya, lepas tu konon2 tak perasan aku ade dekat2 die, then buat2 muka terkujat. Hmmm... die buat gitu lagi aku terasa hati sebenarnya.

Hari ni ade lagi die sakitkan hati aku... aku rasa tak perlu kot nak kecoh2 pasal org pregnant & cite pasal baby depan2 muka aku ni. Kalau ye dah excited sangat, pegilah jauh sikit dari aku.. ataupun rendahkan sikit nada suara. Aku tak mintak banyak cuma tolong la sensitif perasaan aku ni. Sedaya-upaya aku tahan airmata supaya tak jatuh akhirnya bila sampai rumah aku terus nangis teresak-esak. . T_T

Kenapa perlu tunjukkan kebahagiaan korang depan2 aku ? Aku takde nak dengki dgn rezeki sape2 tapi cara dia bercerita tu seolah-olah die nak tunjuk bahawa bestnya die ade baby yg comel, aku plak takde. 

Sudah-sudah la aku nangis..tak berbaloi pun. Tapi seriously aku terasa hati.
Aku rasa macam dia tak respect perasaan aku, sengaja nak sakitkan hati aku.
Ahhh biar la.

Wednesday, 3 April 2013

CD7...Kembali berTTC :)

 Hari ini genap hari ke-38 aku berpantang..without babies :(

Tak kisah la..dah bukan rezeki ape nak buat. Aku dah berada di rumah sendiri which I call Home sweet home setelah hampir sebulan aku merempat sini sana kat sarawak ari tu. kejap kat rumah mak, kejap kat rumah kakak, pastu pegi rumah akak lagi sorang..ternyata aku memang nak kena stay kat rumah sendiri jugak. Stay kat rumah orang lain je terus badan & kulit aku gatal-gatal.cirit-birit la,itu la, ini la..ape la nasib aku dapat badan yang manja macam ni.

Hari ni dah tinggal spotting je. Esok lusa dah boleh mandi hadas, tunggu betul-betul kering dulu..pastu BD, BD dan BD. shian laki aku lame daahhhh puasa..hahahahaha ;D

Cycle kali ni akan usaha balik strategi yg aku buat sebelum pregnant ari tu. Akan makan segala supplemen yg ada - EPO, LD Venus Gold Elken, pati delima Gulsan, susu kambing, spirulina. Selain tu aku buat BBT & avoid fastfoods..
Di pengakhiran cycle ni baru la tau berhasil ke idok strategi aku ni..hehe

Dalam hati memang teringin sangat nak pregnant balik tapi trauma gak sebenarnya..ape2 hal aku berserah pada Allah SWT. Aku percaya 3 anak-anak aku sebelum ni memang belum rezeki kami lagi. Aku berdoa sangat kalau pregnant lagi sekali, biarlah lancar segala-galanya tanpa sebarang masalah. Amin.

Thursday, 14 March 2013

Rindu yang tak berpenghujung...

Assalamualaikum.

Sekian lama blog ni ditinggalkan sepi, aku kembali untuk berkongsi kisah pahit dan manis sepanjang aku berTTC setelah hampir 4 tahun bernikah.

Dalam post yg sebelum ni, aku ade share yg aku tengah consume Clomid 100mg..pada DPO9 aku dah gatal buat UPT, ade line yg sangat faint...akhirnya pada cycle tersebut aku berjaya conceived...with TWINS babies :)

Aku dan suami sangat bersyukur dan gembira. Sepanjang hamil, aku ade macam2 masalah..aku ade GDM,bleeding,kaki bengkak dan sebagainya. Tetapi aku tetap gembira utk melalui pengalaman ini. Dari awal pregnant, aku consume Duphaston sehinggalah aku kehilangan 1st twin pada 13.01.2013...aku keguguran si abang pada usia kandungan 17 minggu.

Ku sangka si adik akan terus survive..tapi...dia juga menyusuli abangnya pada usia kandungan 23 minggu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hatiku diruntun sedih saat aku mendengar tangisan kecilnya setelah dia lahir ke dunia.

Segalanya akan ku kongsi pada post yg akan datang..aku masih tak sanggup untuk menceritakan satu-persatu pengalaman itu.

Hari ini genap 18 hari aku berpantang di kampung. Aku sengaja 'membawa diri' ke seberang Laut China Selatan untuk melupakan seketika pengalaman itu.