Thursday, 20 September 2012

CD10


Hari ni dah cd10 tapi period belum kering lagi. Masih ade spotting. Semalam dah mandi hadas sekali tengah malam ade lagi rupanya.

Untuk cycle kali ni, Dr. Hong increase dose Clomid kepada 100mg sehari. Sebelum ni pernah gak on clomid dengan Dr. Tokha (50mg) tapi pada cd12 telur masih kecik. aku ingat lagi saiznye hanya 12mm je. dah la sebijik je. Sedey...

Hari ini aku rasa sangaaaatttt penaatt..tak tau kenapa. nak kata tidur lambat memang standard kalau aku lelap pukul 1 pagi. Nak kata semalam aku buat keje banyak rasanya aku banyak duduk je... Semalam hubby urut tapak kaki sebab aku ngadu sakit. sakit macam baru lepas berdiri lame.. hmmm takkan effect Clomid kot?

Setakat ni tiada tanda-tanda ovulasi. Period pun tak kering lagi.. cuma hari ni aku pening kepala & rasa tak sihat je.

Wednesday, 19 September 2012

The First Step....

Assalamualaikum...

Ini adalah kali pertama aku menceburkan diri dalam dunia 'blogging'... Selama ni baca je orang punya but this time I created my own blog... but why now ??

Sebenarnya aku ada sesuatu yang aku nak kongsi dengan semua orang diluar sana yang mengalami nasib yang sama macam aku which is... seseorang yang sedang berusaha untuk pregnant a.k.a Trying To Conceive (TTC)..aku dah kawen 3 tahun lebih tapi masih belom ade rezeki untuk menimang cahayamata :(

Aku anggap ini adalah ujian yang Allah SWT timpakan pada kami suami isteri..

Aku harap ada oarng diluar sana yang sudi membaca dan berkongsi rasa bersamaku dalam perjalanan ini....

3 minggu


3 mimggu.

aku sempat merasai pengalaman mengandung hanya untuk 3 minggu je. Di usia kandungan 8 minggu, aku kehilangannya. 

Awal-awal pregnancy sebenarnya aku dah ade spotting. bila jumpa doc die kate implantation bleeding. mase tu aku jahil gile la pasal ni sume so aku pun terima nasihat doc suruh rest. mase ni aku sedih sangat...sebab aku sebenarnya dah rasa tak sedap hati but hubby aku boleh plak torcher2 aku...jangan risau la, awak ni fikir negatif la, ape laa. aku tau dia risaukan aku time tu.

Sedih aku bile cite balik pasal sume ni.. sebab aku bleeding masa aku sorang-sorang kat rumah. penuh pantyliner aku dengan fresh blood. selama ni spotting but now it's seem like menstrual flow. aku ingat lagi mase tu aku baru balik sekolah. aku baring depan TV, rest.
Bila bangun rasa macam ade darah kat panty. Nampak je darah tu aku terus call hubby. Dia kata sekejap lagi dia balik, malam tu jugak kami nak ke klinik. Aku pun masuk bilik air nak mandi & siap-siap. 

Tak disangka-sangka masa aku buang air aku rasa ade segumpal daging macam hati ayam keluar & menggelongsor ke dalam toilet bowl. Aku dah boleh agak. Aku dah kehilangan bayi kami T_T 
Masa ni langsung tak rasa sakit apa-apa. Tapi aku terus menangis sebab aku terkejut sangat. aku call hubby lagi sekali, aku cakap " Dedek dah takde." [Dedek ialah nama yg kami panggil utk baby kami]

Tak sampai 10 minit hubby dah sampai. Mase tu aku tengah tersedu-sedu nangis sambil mengerekot atas katil. Hubby terus peluk aku & pujuk. Makin kuat aku nangis.

Aku nangis dalam 15 minit. Masa tu takde bleeding langsung. Aku siap-siap pakai blouse, jeans & pad tak lupa. Kami pergi ke emergency hospital Kulai. Sampai sana ramainye orang. Mata aku dah bengkak but aku dah berhenti menangis siap gurau-gurau dengan hubby seolah-olah takde ape yang berlaku...

Lame gak kami tunggu. Bila sampai turn aku, mase tu perut aku dah memulas-mulas. Doc nak cek UPT so die suruh aku pegi kencing. Pada saat itulah aku bleeding yg sangat heavy, penuh pad aku dengan darah. Bila aku buang air je keluar darah berketul-ketul...eiiii seram bila ingat balik.

Dipendekkan cerita doc kate aku boleh balik. Baby confirm dah keluar semua. Dalam pukul 12 malam kami pun balik rumah. Pukul 2 baru aku masuk tido. Dalam pukul 4 pagi aku terjaga..rasa macam nak buang air besar. Pinggang, perut, belakang semua rasa sakit yg amat sangat...aku kejut hubby & aku menangis ! Terlalu sakit.

Lagi sekali kami ke A&E hospital kulai... sampai sana dah setel doc cek aku, aku pun warded pada pukul 5 pagi.

Yang sengalnya nurse2 tu boleh tak bagitau laki aku yg aku warded.Sengal kan?

Pertama Kali POSITIF part II



Okay...sambung eh...

Tiba turn aku datang jumpa doc, die pun suruh buang air dlm cup.. aku pun pegi la pee pee. Yang hampehnya UPT aku NEGATIVE !!! Arrgghh terus aku frust. Hmmm... Doc kate datang balik within two weeks. 14 hari ? huihhh lame tu..hehe

So bila balik rumah aku dah tak senang duduk. Tapi aku terus call my mak yg merupakan bekas nurse. So aku tanya la pasal UPT yg kabur tu..mak aku kata 2-3 hari lagi test balik awal-awal pagi.

Esoknya aku pegi kerja macam biase. Tapi memang tak fokuslah. Balik sekolah aku singgah Guardian. memang degil la aku tak boleh tunggu laki aku nak g beli UPT. aku beli UPT guardian yg biasa & Clearblue digital... 

Sampai je rumah aku terus pegi mengencingkan diri (istilah ape plak ni..hahaha). Mula-mula guna UPT yg murah....daaannnn........


aikkk kabur lagi ??? haaiihhh

Aku masih tak puas hati tengok line yg tak berapa nak terang ni...so aku pun pee pee lagi tapi pakai UPT digital pulak... aku tak tunggu lame pun resultnya terus pop! gini..


Alhamdulillah...
akhirnya lega aku bila klua result mcm ni..
2-3 tu maksudnya aku dah pregnant 4-5 minggu :)

Pertama kali POSITIF

Memandangkan aku pun first time tulis blog, so ade eloknya aku introduce diri sendiri ( macam la orang nak tau sangat kan..hahahaha )

Aku bukan tak pernah pregnant..pernah. tapi hanya SEKALI. tarikh 11.1.2012 paling aku takkan lupa sebab pada subuh hari tu UPT aku timbul satu line yg sangat kabur...selama ni memang tak pernah ada line..walaupun samar, but a line still a line right ?



tadaaaa....it's very faint but it's still give me HOPE :)

Maka pagi tu aku excited sampai kejut hubby yg tengah syok tido..hari tu aku amek MC sebab badan memang rase dah tak sedap - hot flashes, pening, breast rase berat, memang rase tak sihat. Kebetulan pulak hari Rabu tu aku memang plan nak jumpa gynae nak mula buat treatment secara moden la konon..tup tup UPT aku positif pulak..weeeee suke !!!

Pukul 9 camtu aku and hubby pun pegi klinik which is klinik pakar wanita & semestinya doc die memang gynae la..so bayarannya paham-paham aje lah ye.hehehehe
Sampai je kaunter, aku pun bagitau nak confirmkan pasal UPT aku yg mengkonpiuskan macam dlm gambar tu. Die pun amek details - nama, alamat, pekerjaan, etc.. Aku sempat tengok die tulis kat dalam kad aku tu " UPT +ve "... dalam otak aku, waaahhhh dah boleh dianggap positif ke ?? Dah berbunga-bunga hati aku time tu :D 

okeh nak stop kejap...boleh tak to be continue dalam post yang baru ? :p