Suatu perjalanan yang berliku untuk menjadi ibu...Walau badai datang melanda akan ku tempuh dengan sepenuh keikhlasan demi untuk anugerah yang terindah, ANAK...
Thursday, 20 September 2012
CD10
Hari ni dah cd10 tapi period belum kering lagi. Masih ade spotting. Semalam dah mandi hadas sekali tengah malam ade lagi rupanya.
Untuk cycle kali ni, Dr. Hong increase dose Clomid kepada 100mg sehari. Sebelum ni pernah gak on clomid dengan Dr. Tokha (50mg) tapi pada cd12 telur masih kecik. aku ingat lagi saiznye hanya 12mm je. dah la sebijik je. Sedey...
Hari ini aku rasa sangaaaatttt penaatt..tak tau kenapa. nak kata tidur lambat memang standard kalau aku lelap pukul 1 pagi. Nak kata semalam aku buat keje banyak rasanya aku banyak duduk je... Semalam hubby urut tapak kaki sebab aku ngadu sakit. sakit macam baru lepas berdiri lame.. hmmm takkan effect Clomid kot?
Setakat ni tiada tanda-tanda ovulasi. Period pun tak kering lagi.. cuma hari ni aku pening kepala & rasa tak sihat je.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment